All England: Aaron-Wooi Yik, Arif-Roy King Rebut Tiket Suku Akhir

March 5, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Sekurang-kurangnya satu wakil Malaysia sah akan beraksi pada peringkat suku akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2026. Ini selepas dua beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King bertembung sesama sendiri di pusingan 16.

Pertemuan itu terhasil selepas Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan mencetak kemenangan ke atas Chen Zhi Yi dan Presley Smith dari Amerika Syarikat menerusi skor 21-17 dan 21-17.

Manakala Arif-Roy King pula memberikan tentangan sengit kepada wakil Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard sebelum mengakhirinya dengan kemenangan menerusi skor 21-19, 18-21 dan 21-18.

Berdasarkan rekod, Aaron-Wooi Yik dan Arif-Roy King pernah menentang seniornya itu sebanyak dua kali setakat ini.

Bagaimanapun, kedua-dua pertemuan yang berlangsung di Terbuka Thailand 2025 dan Kejohanan Dunia BWF 2025 itu berakhir dengan Aaron-Wooi Yik mencatatkan kemenangan.

Selain dua pasangan ini, tiga lagi beregu lelaki negara turut beraksi untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir iaitu Man Wei Chong dan Tee Kai Wun, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin serta Aaron Tai dan Kang Khai Xing.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd