All England: Pearly-Thinaah Jumpa Semula Febriana-Meilysa
Hafiz Omar

Beregu No.1 wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan akan membuat perhitungan semula dengan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitari di suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2026.
Lawannya itu merupakan pasangan yang mengekang Pearly-Thinaah ke peringkat suku akhir Terbuka Malaysia 2026, Januari lalu.
Terdahulu, Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kedua di Seluruh England mara ke suku akhir selepas mencatatkan kemenangan bergaya ke atas beregu Korea, Lee Seo Jin dan Lee Yeon Woo menerusi skor 21-14 dan 21-14 dalam masa 43 minit.
Sementara itu, Febriana-Meilysa yang berada di ranking ke-21 dunia pula melangkah ke suku akhir selepas mengejutkan pilihan keenam kejohanan dari Jepun, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi.
Aksi yang berlanjutan selamat satu jam dan 21 minit itu berakhir dengan skor 21-11, 18-21 dan 21-17 berpihak kepada Febriana-Meilysa.
Sebelum aksi di Terbuka Malaysia 2026, Pearly-Thinaah telah bertembung Febriana-Meilysa sebanyak empat kali dan keempat-empatnya berakhir dengan kemenangan.
Featured Image: BAC