Kiplimo Pecah Rekod Dunia Separuh Maraton – 57:20
Hafiz Omar
Pelari Uganda, Jacob Kiplimo bakal memegang status sebagai pelari separuh maraton terpantas dunia memenangi larian dengan catatan masa 57 minit dan 20 saat di Lisbon, pada Ahad.
Catatan masa itu mengatasi rekod dunia yang dicipta oleh Yomif Kejelcha dari Ethiopia, 57 minit dan 30 saat, ketika beraksi dalam perlumbaan di Valencia, Sepanyol pada tahun 2024.
Menariknya, Kiplimo kembali memahkotakan dirinya sebagai pemegang rekod dunia dalam acara separuh maraton di Lisbon selepas memecahkan rekod dunia menerusi larian di acara yang sama pada lima tahun lalu dengan catatan masa 57 minit dan 31 saat.
View this post on Instagram
Sementara itu, acara pada Ahad itu turut menyaksikan dua pelari Kenya, Nicholas Kipkorir (58:08) dan Gilbert Kiprotich (58:59) menamatkan larian di tempat kedua dan ketiga masing-masing.
Pada tahun lalu, Kiplimo menamatkan larian sejauh 21 kilometer (km) dalam perlumbaan Mitja Marató Barcelona, Sepanyol menerusi dengan catatan masa 56 minit dan 42 saat pelari pertama mencatatkan larian separuh maraton di bawag 57 minit.
Bagaimanapun, catatan masa itu tidak diratifikasikan selepas World Athletics menentukan syarat perlumbaan itu tidak mematuhi sepenuhnya peraturan persekutuan antarabangsa.
Featured Image: