Bing Kun-Noraqilah Naib Juara Siri Antarabangsa Singapura 2026

March 8, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan pemain berusia 24 dan 18 tahun masing-masing, Loo Bing Kun dan Noraqilah Maisarah tewas perlawanan akhir bertemu Muhammad Al Farizi dan Jessica Maya sekaligus terpaksa akur dengan gelaran naib juara di Cabaran Antarabangsa Singapura 2026.

Aksi yang berlangsung di Dewan Badminton Singapura, Selatan Changi itu bermula dengan Bing Kun-Noraqilah tewas set pertama menerusi skor 14-21 sebelum mereka bangkit mencatatkan kemenangan menerusi skor 23-21 pada set kedua.

Bagaimanapun, pada set ketiga, Bing Kun-Noraqilah terlepas peluang untuk meraih gelaran kedua di pentas antarabangsa selepas tewas 12-21 pada set ketiga.

Pada masa yang sama, kekalahan itu menjadikan rekod pertemuan Bing Kun-Noraqilah dan Al Farizi-Jessica seimbang dengan satu kemenangan masing-masing.

Untuk makluman, Bing Kun-Noraqilah mula bergandingan sejak November 2025 dan kini sudah mempunyai satu gelaran juara hasil menjuarai Terbuka Sweden 2026 sekitar pertengahan Januari lalu.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd