Terbuka Swiss: Zii Jia Atasi Wakil Jepun, Denmark Di Peringkat Kelayakan
Hafiz Omar

Bekas perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia yang bermula daripada pusingan kelayakan berhasil mara ke babak undian utama, pusingan 32, di Terbuka Swiss 2026.
Pemain berusia 27 tahun yang menghuni ranking ke-96 dunia itu bermula dengan melakar kemenangan bergaya ke atas perseorangan Jepun, Minoru Koga menerusi skor 21-14 dan 21-10 dalam masa tidak sampai setengah jam pada pusingan 16 peringkat kelayakan.
Kemenangan itu membawanya bertemu wakil Denmark, Ditlev Jaeger Holm ke suku akhir peringkat kelayakan. Pertarungan itu berlangsung sengit dalam sama hampir satu jam namun Zii Jia berjaya menoktahkannya dengan kemenangan menerusi skor 21-17, 19-21 dan 21-16.
Hasil kemenangan itu membawanya bertemu perseorangan Singapura, Jason Teh Jia Hong yang menghuni ranking ke-33 dunia.
Tiada rekod pertemuan tercatat melibatkan Zii Jia dan Jason setakat ini dan ini merupakan yang pertama seumpamanya di kejohanan antarabangsa.
Featured Image: OCM