Terbuka Swiss: Aaron-Khai Xing Singkir Rian-Rahmat
Hafiz Omar

Muhammad Rian Ardianto yang ini bergandingan bersama Rahmat Hidayat menjadi mangsa terbaru beregu muda negara, Aaron Tai dan Kang Khai Xing di Terbuka Swiss 2026.
Pasangan bersusia 30 dan 22 tahun masing-masing dari Indonesia yang bergandingan sejak Oktober lalu terpaksa akur terkandas awal di kejohanan ini selepas tewas ketika bertembung di pusingan 32.
Dalam pertembungan itu, Aaron-Khai Xing merekodkan kemenangan pada set pertama menerusi skor 21-16 diikuti dengan set kedua yang berlangsung sengit dan mendebarkan melalui skor 29-27.
Keputusan itu membawa Aaron-Khai Xing ke pusingan 16 dan menantinya di situ adalah sepasang lagi beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Bagas Maulana yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan.
Berdasarkan rekod, Aaron-Khai Xing dan Leo-Bagas belum pernah bertembung dalam mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini.
Featured Image: BAM