Presiden Trump Alu-Alukan Iran Sertai Piala Dunia FIFA 2026
Hafiz Omar

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengalu-alukan skuad kebangsaan Iran untuk beraksi dalam Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung di negara itu bersama-sama Kanada dan Mexico pada Jun hingga Julai kelak.
Iran yang kini berada di ranking ke-20 dunia telah pun melayakkan diri ke Piala Dunia sekitar Mac 2025 selepas mengikat Uzbekistan 2-2 pada perlawanan kelima peringkat Kumpulan E pada pusingan kedua kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia.
Biarpun Amerika Syarikat dan Iran kini sedang berada dalam konflik peperangan, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mendedahkan Trump tidak melarang skuad berjulukan Team Melli itu menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat.
View this post on Instagram
“Kami juga berbincang mengenai situasi semasa di Iran, dan hakikat bahawa pasukan Iran telah layak untuk menyertai Piala Dunia FIFA 2026. Semasa perbincangan tersebut, Presiden Trump menegaskan bahawa pasukan Iran sememangnya dialu-alukan untuk beraksi dalam kejohanan yang diadakan di Amerika Syarikat.” kongsi Infantino di Instagram peribadinya pada hari ini selepas bertemu Trump.
Pertemuan dengan Trump itu diadakan oleh Infantino bagi membincangkan status persiapan Piala Dunia yang akan berlangsung dalam tempoh 93 hari lagi.
Untuk makluman, Iran telah diundi dalam Kumpulan G dan akan memulakan kempen Piala Dunia dengan menentang New Zealand, Belgium diikuti Mesir. Ketiga-tiga venue perlawanan itu dijadualkan di Amerika Syarikat – Stadium Los Angeles dan Stadium Seattle.
Featured Image: