UCL: Leverkusen, Arsenal Terikat Di BayArena

March 12, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pendahulu Liga Premier (PL), Arsenal gagal membawa pulang bekalan selesa ke Stadium Emirates apabila sekadar seri dengan penghuni tangga keenam Bundesliga, Bayer Leverkusen pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara UEFA, pagi tadi.

Pertarungan yang berlangsung di BayArena itu menyaksikan Leverkusen selaku tuan rumah terlebih dahulu mendahului 1-0 pada minit ke-46 menerusi tandukan Robert Andrich.

Arsenal bimbingan Mikel Arteta ternyata tersentak dengan jaringan tersebut dan mula meningkat penguasaan serta melakukan serangan ke arah gawang lawan untuk mencari gol penyamaan.

Pelbagai serangan dan percubaan dilakukan Arsenal namun gol yang diburu itu hanya berkunjung tiba di penghujung masa permainan menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh Kai Havertz – bekas pemain Leverkusen.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga pengadil perlawanan, Halil Umut Meler dari Turkiye meniup wisel menamatkan permaianan di BayArena.

Perlawanan timbal balik di Stadium Emirates bakal berlangsung pada Rabu, minggu hadapan, sepak pada jam 4 pagi (waktu Malaysia).

Featured Image: Arsenal

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd