Sivasangari Juarai Terbuka Australia 2026

March 15, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Perseorangan skuasy wanita No.1 negara, Sivasangari Subramaniam berhasil menamatkan kemarau kejuaraan selama 13 bulan apabila merangkul kejuaraan di Terbuka Australia 2026, pada hari ini.

Sivasangari, 27 tahun, yang turut diletakkan selaku pilihan utama meraih gelaran selepas menumpaskan Marina Stefanoni dari Amerika Syarikat menerusi skor 11-7, 11-4 dan 11-8 dalam masa tidak sampai setengah jam.

Keputusan itu menyaksikan Sivasangari yang  berada di ranking keenam dunia mengekalkan rekod sempurna – tiga kemenangan berturut-turut – ke atas Stefanoni. 

Terdahulu, Sivasangari melangkah ke perlawanan akhir susulan menumbangkan pemain ranking ke-12 dunia dari Belgium, Nele Gills menerusi skor 11-8, 13-11 dan 11-4 dalam masa 50 minit.

Lawannya pula menempah tiket ke perlawanan akhir selepas mengatasi seorang lagi pemain Belgium, Tinne Gilis menerusi skor 11-8, 4-11, 11-3 dan 11-8.

Sebagai rekod, kali terakhir Sivansangari merangkul kejuaraan adalah di Piala Cincinnati Gaynor pada Februari tahun lalu.

Featured Image: PSA Squash Tour

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd