Salah Tinggalkan Liverpool Di Hujung Musim
Hafiz Omar

Penggempur kelahiran Mesir, Mohamed Salah akan berpisah dengan Liverpool selepas beraksi selama sembilan musim bersama kelab berpangkalan di Merseyside itu.
Pemain berusia 33 tahun itu akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini dan perkara tersebut diumumkannya sendiri menerusi satu video yang dimuatnaik di pelbagai akaun media sosialnya, hari ini.
“Malangnya, harinya telah tiba, ini merupakan bahagian pertama daripada perpisahan saya. Saya akan tinggalkan Liverpool di penghujung musim.” katanya dalam video berdurasi dua minit dan sembilan saat itu.
Video itu menyoroti beberapa aksinya serta koleksi replika trofi-trofi kejuaraan yang diraihnya sepanjang bersama Liverpool.
View this post on Instagram
Sebagai rekod, Salah menyertai Liverpool pada musim panas tahun 2017 – berhijrah daripada AS Roma.
Salah tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan Liverpool yang ketika itu di bawah bimbingan Jurgen Klopp sebelum menjadi ayam tambatan bagi kelab berjulukan The Reds terbabit.
Bermula saat itu, Salah berhasil merekodkan 435 penampilan setakat ini selain menjaringkan 255 gol serta mencetak 122 bantuan gol.
Rekod itu telah membantu Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Piala Super UEFA, Liga Perdana (PL), Piala Dunia Kelab FIFA, Piala FA dan Piala Liga.
Selain itu, Salah turut menggondol beberapa anugerah peribadi seperti Kasut Emas PL sebanyak empat kali, Perancang Terbaik. Pemain Terbaik Tahunan dan lain-lain lagi.
Featured Image: Liverpool