Cabaran Antarabangsa Vietnam: Kisona Singkir Pilihan Kelima

March 26, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan wanita negara, Kisona Selvaduray berhasil menempah tiket kemaraan ke peringkat suku akhir Cabaran Antarabangsa Vietnam 2026 selepas menumpaskan pilihan kelima kejohanan iaitu Huang Ching Ping, sebentar tadi.

Kemaraan itu tercetus selepas Kisona menamatkan pertembungan di pusingan 16 itu dengan kemenangan secara dua set berturut-turut menerusi skor 21-15 dan 21-16 dalam masa 35 minit.

Keputusan itu turut menjadi episod balas dendam terhadap kekalahan Kisona ketika bertemu Ching Ping dari Chinese Taipei pada pertemuan sulung di Terbuka Scotland 2024.

Pada peringkat seterusnya, Kisona akan membuat perhitungan dengan seorang lagi wakil Chinese Taipei iaitu Peng Yu Wei.

Pemain yang menghuni ranking ke-93 terbabit mara selepas menyingkirkan Megan Lee Xin Yi dari Singapura menerusi skor 15-21, 21-18 dan 22-20 setelah bertarung sengit selama satu jam dan sepuluh minit.

Menarik untuk menyaksikan pertemuan melibatkan Kisona dan Yu Wei memandangkan kedua-duanya belum pernah bertembung dalam mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd