Tiada Lagi Atlet Transgender Bertanding Acara Wanita Di Sukan Olimpik

March 27, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Atlet transgender tidak akan dibenarkan untuk bertanding dalam acara wanita bermula daripada temasya Sukan Olimpik 2028 yang akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Perkembangan itu hadir selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meluluskan dan mengumumkan polisi baharu dimana kelayakan untuk menyertai acara wanita samada kategori individu atau berpasukan hanya dihadkan kepada atlet wanita biologi sahaja.  

Oleh demikian, satu ujian jantina iaitu saringan gen SRY akan dilakukan bagi menentukan samada seseorang atlet itu boleh mengambil bahagian dalam acara wanita di temasya berkenaan atau tidak.  

Ujian itu akan dijalankan sekali seumur hidup bagi setiap atlet dan ianya boleh dilakukan menerusi sampel air liur, sapuan pipi atau darah.

Atlet yang mendapat keputusan ujian negatif akan layak untuk bertanding dalam acara wanita sementara keputusa positif tidak akan dibenarkan untuk bertanding.

“Sebagai bekas atlet, saya sangat percaya kepada hak bagi setiap atlet Olimpik untuk bertanding dengan adil. Polisi yang kami umumkan adalah berasaskan sains dan dipandu oleh pakar perubatan.”

“Dalam Sukan Olimpik, walaupun perbezaan yang sangat kecil boleh menjadi penentu antara kemenangan dan kekalahan. Oleh itu, adalah jelas bahawa tidak adil bagi lelaki secara biologi untuk bersaing dalam kategori wanita. Selain itu, dalam sesetengah sukan, keadaan ini juga boleh menjadi tidak selamat.” kata Presiden IOC, Kirsty Coventry.

Untuk makluman, polisi ini dibuat bertujuan untuk memastikan keadilan, keselamatan dan integriti dalam pertandingan elit bagi kategori wanita.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd