Cabaran Antarabangsa Vietnam: Yee Hern-Clarissa Ke Separuh Akhir
Hafiz Omar
Gandingan pemain berusia 21 dan 19 tahun masing-masing, Wee Yee Hern dan Clarissa San menjadi satu lagi wakil negara yang berhasil melangkah ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Vietnam 2026 selepas Kisona Selvaduray.
Beregu campuran negara ini mara susulan mengalahkan lawannya dari Jepun di suku akhir, Yudai Nagafuchi dan Yuho Imai menerusi skor 21-9 dan 21-19 selepas bertarung selama 31 minit.
Hasil kemenangan itu pada pertemuan sulung menentang Yudai-Yuho di pentas antarabangsa itu, Yee Hern-Clarissa menantikan pula cabaran daripada sepasang lagi beregu Jepun iaitu Hiroki Midorikawa dan Nami Matsuyama.
Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan sulung Yee Hern-Clarissa ke pentas separuh akhir pada tahun ini selepas terkandas di pusingan 16 dan pusingan 32 dalam dua kejohanan yang telah disertai setakat ini.