Spurs Pecat Igor Tudor Selepas 44 Hari Bertugas
Hafiz Omar

Kelab tangga ke-17 Liga Perdana (PL), Tottenham Hotspur bertindak memecat ketua jurulatihnya, Igor Tudor yang dilantik 44 hari lalu.
Perkembangan itu hadir selepas pihak pengurusan kelab berjulukan Spurs itu mengumumkan mencapai persetujuan untuk pengendali berusia 47 tahun berkenaan meninggalkan kelab berkuat kuasa serta-merta.
Spurs turut memaklumkan Tomislav Ragic dan Riccardo Ragnacci yang berperanan sebagai jurulatih penjaga gol dan jurulatih fizikal turut mengikuti jejak langkah Igor.
“Kami berterima kasih kepada Igor, Tomislav dan Riccardo atas usaha sepanjang enam bulan lalu, dimana mereka telah bekerja tanpa penat lelah.”
We can confirm that it has been mutually agreed for Head Coach Igor Tudor to leave the Club with immediate effect.
Tomislav Rogic and Riccardo Ragnacci have also left their respective roles of Goalkeeping Coach and Physical Coach.
We thank Igor, Tomislav and Riccardo for their… pic.twitter.com/I6HUdLdewL
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) March 29, 2026
“Kami turut maklum mengenai kehilangan yang baru sahaja dialami oleh Igor dan mengirimkan sokongan kepadanya serta keluarganya pada masa yang sukar ini.” tulis Spurs dalam kenyataan sepanjang 91 patah perkataan itu.
Sebagai rekod, Igor diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Spurs pada 14hb Februari lalu dengan kontrak sehingga penghujung musim ini bagi menggantikan Thomas Frank yang turut dipecat.
Selama bersama Spurs, bekas pengurus Juventus dan Lazio itu sempat mengendalikan tujuh perlawanan – lima aksi PL dan dua perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Daripada lima aksi PL itu, Igor hanya melakar satu keputusan seri dan tewas kesemua baki perlawanan. Manakala bagi saingan UCL pula, Igor berhasil meraih satu kemenangan.
Dalam kenyataan yang sama, Spurs akan berkongsikan perkembangannya dalam masa terdekat.
Featured Image: Tottenham Hotspur