CelcomDigi Netball Super League 2026 Bermula 11 April

April 2, 2026
Bola Jaring

Hafiz Omar

Saingan bola jaring tanah air, Netball Super League (NSL) musim baharu akan kembali menemui peminat apabila membuka tirainya pada 11hb April kelak.

Pertandingan yang dijdualkan berlangsung selama enam minggu bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara itu akan menampilkan lapan buah pasukan terdiri daripada Johor Jewels, Perak Pheonix, Terengganu Marvels, KL Wildcats, Pahang Tulips, Kedah Sunshine, Selangor Angels dan Melaka Mystic.

Sepertimana edisi lalu, penyertaan pemain import pada musim ini dikekalkan dengan 16 pemain import bakal mewarnai saingan musim ini terdiri daripada pelbagai negara seperti Australia, New Zealand, Jamaica, Afrika Selatan, Uganda, Malawi, Zimbabwe dan Botswana.

Ini turut merangkumi penyertaan pemain bertaraf dunia yang pernah beraksi di pentas Netball World Cup serta liga profesional elit seperti bekas pemain Australian Diamnonds, Gretel Bueta serta legenda Silver Ferns New Zealand, Laura Langman.

Format pada musim kekal sepertimana musim lalu dimana ianya secara “round robin” atau liga sepusingan. Empat pasukan teratas akan mara ke pusingan kalah mati untuk mencari sang juara.

Menariknya saingan edisi kelima ini menyaksikan pembabitan syarikat telekomunikasi, Celcom Digi yang hadir selaku penaja utama sekaligus mengangkat namanya selaku “title sponsor” – CelcomDigi NSL 2026.

Selain CelcomDigi, NSL turut mendapat sokongan daripada Elite (pakaian rasmi), Figos (bola rasmi), Trigo Hotel Kuala Lumpur (hotel rasmi), Asics (kasut rasmi) dan Era (radio rasmi). Manakala Mitre pula hadir sebagai rakan strategik bagi program pembangunan Klinik NSL.

Antara sorotan menarik pada musim ini, Astro dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Malaysia (PJBM) adalah pengumuman kejohanan antarabangsa, NSL Regional Cup.

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari 14hb hingga 17hb Mei 2026 selepas tamat saingan liga utama. Dua pasukan terbaik NSL akan dipilih untuk menyertai kejohanan ini bagi berentap merebut kejuaraan dengan dua pasukan jemputan dari Singapura dan Hong Kong.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd