Keisuke Honda Bakal Beraksi Di Liga Singapura Pada Usia 40 Tahun
Hafiz Omar

Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun yang pernah beraksi bersama AC Milan, Keisuke Honda bakal tampil dalam kancah liga bola sepak negara seberang tambak iaitu Liga Perdana Singapura (SPL) pada musim hadapan.
Perkembangan itu hadir selepas sebuah kelab satelit negara matahari terbit yang berpangkalan di Singapura, Albirex Niigata Singapore (bakal dikenali sebagai FC Jurong) mengumumkan mengikat khidmat Honda, pada hari ini.
“Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Keisuke Honda akan menyertai FC Jurong bagi musim 2026-27.” tulis kenyataan kelab di laman sesawang rasminya.
We are pleased to announce that Keisuke Honda will join FC Jurong for the 2026/27 season.
💬For the full comments from Keisuke Honda, please check our official website.#fcjurong#albirex #albirex_s pic.twitter.com/JJ5hOzAwlf
— Albirex Niigata FC (S) / アルビレックス新潟シンガポール (@ALB_S_FC) April 10, 2026
Pihak kelab menjelaskan objektif menandatangani Honda adalah untuk mencipta nilai baharu buat kelab dan menyumbang kepada perkembangan selanjutnya komuniti bola sepak Singapura secara keseluruhan.
Sementara itu, Honda turut meletakkan sasaran peribadi untuk mencipta rekod dunia menjaringkan gol di liga tertinggi negara terbanyak. Bagaimanapun, beliau memaklumkan sasaran utamanya bersama kelab baharunya itu adalah menjuarai gelaran liga.
Setakat ini, Honda telah beraksi di 11 buah negara bermula daripada Jepun diikuti Belanda, Rusia, Itali, Mexico, Australia, Brazil, Azerbaijan, Lithuania dan Bhutan.
Pemain yang terkenal dengan kepakaran sepakan percuma itu akan menyertai kelab pada Ogos nanti bersama-sama dengan sidang media pertama dan sesi pengenalan.
Featured Image: Albirex Niigata FC Singapore