BAC: Pasangan No.147 Dunia Singkir Tang Jie-Ee Wei
Hafiz Omar

Kempen beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 menemui noktahnya apabila dikejutkan oleh pasangan yang menduduki ranking ke-147 dunia, Kim Jae-hyeon dan Jang Ha-jeong.
Pertemuan di peringkat suku akhir itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei tewas dua set berturut-turut di tangan beregu Republik Korea berkenaan menerusi skor 19-21 dan 17-21 dalam masa 46 minit.
Kekalahan itu sekaligus mengekang Tang Jie-Ee Wei yang turut diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan daripada menambah gelaran juara selepas merangkul kejuaraan dunia pada tahun lalu.
Sementara itu, Jae-hyeon dan Ha-jeong yang mencetak kemenangan akan bertemu dengan pasangan Jepun, Yuta Watanabe dan Maya Taguchi di peringkat separuh akhir.
Terdahulu, gandingan Jepun yang menduduki ranking ke-51 dunia itu mara selepas menumpaskan wakil Chinese Taipei, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang menerusi skor 26-24 dan 21-16.
Featured Image: Olympic Council of Malaysia