Selepas Salah, Robertson Pula Tinggalkan Liverpool
Hafiz Omar

Bek kiri kelahiran Scotland, Andrew Robertson menjadi pemain terbaru yang mengesahkan akan meninggalkan Liverpool selepas Mohamed Salah.
Robertson yang merupakan salah seorang tonggak The Reds bimbingan Jurgen Klopp meninggalkan Liverpool susulan penamatan kontraknya di penghujung musim ini.
“Liverpool FC mengesahkan Andy Robertson akan menamatkan kariernya bersama The Reds pada penghujung musim ini,” tulis pihak kelab di laman sesawang rasminya.
Robertson mula menyertai Liverpool pada tahun 2017 dan khidmatnya dipancing daripada Hull City dengan tanda harga £8 juta.
Selama sembilan musim bersama Liverpool, Robertson telah merekodkan 373 penampilan dan menjadi watak utama dalam membantu kelab berpangkalan di Merseyside itu merangkul dua gelaran Liga Perdana (PL), Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Piala FA dan dua kejuaraan Piala Liga.
Senarai itu turut merangkumi kejayaan menjulang trofi Piala Dunia Kelab FIFA, Piala Super UEFA dan Perisai Komuniti.
Featured Image: Liverpool