UCL: Arsenal Jumpa Atletico Di Separuh Akhir

April 16, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pendahulu Liga Perdana (PL), Arsenal akan membuat perhitungan dengan Atletico Madrid selepas berhasil menempah kemaraan ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Skuad bimbingan Mikel Arteta sekadar mencetak keputusan seri tanpa sebarang jaringan ketika bertemu Sporting CP pada aksi timbal balik peringkat suku akhir, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Bagaimanapun, ianya sudah memadai untuk Arsenal merekodkan kemenangan 1-0 secara agregat hasil jaringan di masa kecederaan oleh Kai Havertz pada aksi pertama, Rabu minggu lalu.

Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan kedua berturut-turut Arsenal ke peringkat separuh akhir selepas mara ke peringkat yang sama pada edisi lalu.

Namun kempen mereka ditamatkan oleh sang juara, Paris Saint-Germain (PSG) berikutan tewas menerusi agregat 1-3.

Untuk makluman, musim ini Arsenal dan Atletico bimbingan Diego Simeone sudah pernah bertemu di Fasa Liga pada Oktober lalu sekaligus menjadikannya ia sebagai satu perlawanan ulangan bagi kedua-dua buah kelab.

Aksi itu berkesudahan dengan Arsenal melakar kemenangan bergaya 4-0 hasil jaringan berganda oleh Viktor Gyokeres serta satu gol masing-masing oleh Gabriel Magalhaes dan Gabriel Martinelli.

Featured Image: Arsenal

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd