Bayern Munich Juarai Liga Jerman Kali Ke-35

April 20, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab yang dikendalikan oleh Vincent Kompany iaitu Bayern Munich meraih kerjuaraan Liga Jerman buat kali ke-35 selepas membenam VfB Stuttgart dalam aksi ke-30 Bundesliga, awal pagi tadi.

Selepas pencabar terdekatnya, Borussia Dortmund tewas 1-2 di tangan TSG 1899 Hoffenheim pada hari Sabtu, Bayern hanya perlu mengutip satu mata dengan melakar keputusan seri sahaja ketika bertemu Stuttgart.

Bagaimanapun, Bayern yang beraksi di lamannya sendiri, Allianz Arena membantai lawannya dengan penuh bergaya menerusi keputusan 4-2.

Mereka terlebih dahulu ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Chris Fuhrich pada minit ke-21. Namun, kelab berjulukan The Bavarians itu bangkit menyamakan kedudukan melalui Raphael Guerreiro (31’) diikuti dengan gol oleh Nicola Jackson (33’) dan Alphonso Davies (37’) serta Harry Kane (52’).

Skuad bimbingan Sebastian Hoeneß sempat menambah satu jaringan saguhati menerusi Chema Andres pada minit ke-88 sebelum pengadil, Sâren Storks meniup wisel menamatkan permainan.

Untuk makluman, Bayern dinobatkan juara Bundesliga musim 2025-26 selepas mengumpul mengumpul 79 mata disamping masih berbaki empat perlawanan.

Jumlah pungutan mata itu sudah tidak dapat dipintas lagi oleh Dortmund yang kini mempunyai 64 mata daripada 30 perlawanan.

Selepas mengesahkan kejuaraan Bundesliga secara matematik, Bayern berpeluang untuk melengkapkan musim ini dengan tiga gelaran kejuaraan β€œtreble”.

Mereka kini berada dalam peringkat separuh akhir bertemu Bayer Leverkusen dalam saingan Piala Jerman atau DFB-Pokal serta separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) menentang juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG).

Featured Image: Bayern Munich

Β© 2025 Amanz Media Sdn Bhd