Inter Kekang Como Bimbingan Fabregas Ke Perlawanan Akhir Coppa Italia

April 22, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar


Kempen penuh bersejarah Como 1907 dalam siangan Coppa Italia menemui penghujungnya apabila kelab gergasi, Inter Milan bangkit mencipta kejutan pada peringkat separuh akhir, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Aksi timbal balik yang berlangsung di San Siro itu bermula dengan anak-anak buah Cesc Fabregas terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Martin Baturina (32’) diikuti dengan Lucas Da Cunha (48’).

Bagaimanapun, Inter Milan kendalian Cristian Chivu berhasil mengejar dengan menerusi jaringan berganda daripada Hakan Calhanoglu (69, 86’).

Pemburuan jaringan Inter tidak terhenti di situ dan meneruskan asakannya sehingga Petar Sucic menambah satu lagi gol sebelum pengadil, Simone Sozza meniup wisel menamatkan permainan dengan keputusan 3-2.

Inter yang turut dijuluki sebagai Nerrazurri mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Copa Italia musim ini menerusi agregat 3-2 selepas terikat tanpa sebarang jaringan pada aksi pertama, awal April lalu.

Sementara itu, Fabregas yang menampilkan prestasi di luar jangkaan pada musim ini terpaksa akur dengan kekalahan itu dan menerima hakikat tidak mampu mencipta sejarah untuk tampil buat julung kalinya sejak kelab itu diasaskan pada perlawanan akhir Coppa Italia.

Featured Image: Como 1907

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd