Assefa Pecah Rekod Dunia Maraton Wanita – Catat Masa 2:15:41

April 27, 2026
Olahraga

Hafiz Omar

Tigist Assefa dari Ethiopia bukan sahaja berjaya mempertahankan gelaran juara Maraton London apabila menamatkan lariannya pada Ahad bahkan turut memecah rekod dunia kategori wanita yang diciptanya sendiri.

Pelari berusia 29 tahun itu muncul juara kategori wanita selepas melintasi garisan penamat dengan catatan masa dua jam 15 minit dan 41 saat. Ianya mengatasi rekod yang diciptanya dalam acara larian yang sama pada tahun lalu – dua jam 15 minit dan 50 saat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by World Athletics (@worldathletics)

Sementara itu, gelaran naib juara Maraton London 2026 pula menjadi milik Hellen Obiri dari Kenya yang melintas garisan penamat 12 saat selepas Assefa.

Manakala tempat ketiga pula menjadi milik rakan senegaranya, Joyciline Jepkosgei, 32 tahun, yang menamatkan larian dalam masa dua jam 15 minit dan 55 saat.

Sebagai rekod, ini merupakan julung kalinya ketiga-tiga pelari wanita menamatkan larian di bawah catatan masa dua jam dan 16 minit sejak Maraton London dianjurkan.

Featured Image: London Marathon Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd