Bayern Munich Dedah Jersi ‘Home’ 2026-27
Hafiz Omar

Juara Bundesliga 2025-26, Bayern Munich telah mendedahkan rekaan jersi ‘home’ baharunya untuk kegunaan musim baharu – musim 2026-27.
Jersi keluaran Adidas itu masih mengekalkan warna tradisinya iaitu merah dan diserikan corak jalur halus berwarna merah gelap pada bahagian depan dan belakang.
Kolar dan hujung lengan baju pula diwarnakan dengan warna putih termasuk tiga garis jalur di atas bahu kiri dan kanan.



Pada bahagian depan jersi, jersi itu menyematkan logo ikonik Adidas pada dada kanan pemakai dan lencana Bayern Munich pada dada kiri pemakai.
Sementara itu, jenama T-Mobile yang merupakan subjenama di bawah Deutsche Telekom – rakan penaja Bayern sejak 2002 – menghiasi di ruangan tengah hadapan jersi berkenaan.
Dimaklumkan, Bayern akan tampil buat pertama kali dengan jersi berkenaan apabila melayan kunjungan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada awal Khamis nanti (waktu Malaysia).
Ketika ini, Bayern ketinggalan 4-5 secara agregat kepada PSG.
Featured Image: Bayern Munich