Schalke Dibarisi Dzeko, Karius Muncul Juara Bundesliga 2

May 4, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab yang pernah menjulang kejuaraan Liga Jerman sebanyak tujuh kali, FC Schalke 04 muncul mengesahkan kejuaraan Bundesliga 2 dengan baki dua perlawanan masih belum dimainkan.

Kelab berjulukan Royal Blue yang turut dibarisi Edin Dzeko dan Loris Karius itu mengesahkan gelaran juara musim ini selepas pencabar terdekatnya, Paderborn dan Hannover 96 keciciran mata pada aksi liga ke-32 pada Ahad malam (waktu Malaysia).

Paderborn mengalami kekalahan besar 1-5 bertemu pasukan di tangga keempat, SV Elversberg dan tergelongsor ke tangga keempat dengan pungutan 58 mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FC Schalke 04 (@s04)

Sementara itu, Elversberg yang mencetak kemenangan menghuni tangga kedua dengan kutipan 59 mata.

Pada masa yang sama, Hannover diikat 3-3 dengan kelab tercorot liga, SC Preußen Münster menyebabkannya menghuni di tangga ketiga dengan kutipan 58 mata.

Situasi itu sekaligus membuat Schalke yang mempunyai 67 mata hasil kemenangan tipis 1-0 bertemu Fortuna Dusseldorf pada awal pagi Ahad tidak mampu dipintas lagi oleh mana-mana pencabarnya secara matematik.

Terlebih dahulu, kemenangan hasil jaringan Kenan Karaman itu telah mengesahkan promosi ke saingan Bundesliga 2026-27 setelah tiga musim beraksi di kancah kedua bola sepak Jerman.

Featured Image: Bundesliga

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd