UCL: Arsenal Ke Perlawanan Akhir Selepas 20 Tahun

May 6, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Ketika turun menentang Atletico pada aksi timbal balik separuh akhir di Stadium Emirates pada awal pagi tadi, Arsenal bimbingan Mikel Arteta merekodkan kemenangan 1-0 hasil jaringan Bukayo Saka pada minit ke-44.

Jaringan tunggal itu sudah memadai untuk Arsenal mencatatkan kemenangan 2-1 secara agregat selepas terikat 1-1 pada perlawanan pertama di Stadium Metropolitano pada minggu lalu.

Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan pertama ke perlawanan akhir selepas bertemu FC Barcelona dalam perlawanan akhir UCL musim 2005-06.

Sehingga ke hari ini, Arsenal belum pernah menjulang trofi UCL dalam sejarah penubuhannya melainkan trofi Cup Winners’ Cup 1994 dan Inter-Cities Fair Cup 1970.

Kali terakhir Arsenal beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan peringkat benua adalah Liga Europa 2019 namun kalah 1-4 di tangan seterunya, Chelsea.

Pada perlawanan akhir UCL 2025-26 di Arena Puskas, Budapest, Arsenal akan menantikan pemenang melibatkan Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) untuk merebut gelaran kejuaraan musim ini.

Featured Image: Arsenal

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd