Chelsea Mahu Xavi Hernandez?

May 6, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Juara Piala Dunia Kelab FIFA 2025, Chelsea dilaporkan sedang mempertimbangkan bekas kapten dan pengurus FC Barcelona, Xavi Hernandez sebagai pengendali baharunya.

Xavi yang melatih Barcelona dari 2021 hingga 2024 kini berstatus ejen bebas dan tidak mengendalikan mana-mana pasukan.

Memetik laporan Independent, Xavi, 46 tahun dipertimbangkan memandangkan Chelsea cenderung ke arah ideologi kejurulatihan yang telah dibentuk sepanjang empat tahun pemilikan setakat ini.

Kelab berpangkalan di London itu sedang melalui apa yang digambarkan sebagai ‘tempoh muhasabah diri’ selepas kegagalan pelantikan Liam Rosenior dan musim yang secara keseluruhannya mengecewakan kecuali dalam saingan Piala FA.

Walaubagaimanapun, mereka sememangnya perlu memikirkan langkah seterusnya kerana mahu segala-galanya tersedia dan tersusun rapi sebelum bermulanya aksi pramusim. 

Menerusi pendekatan Chelsea yang selama ini merekrut pemain-pemain muda berbakat serta menaikkan pemain-pemain daripada akademinya, skuad berjulukan The Blues dilihat mahu mengekalkan jurulatih dengan prinsip yang sama.

Hal itu yang menyebabkan nama Xavi timbul termasuk bekas pengendali Real Madrid dan Bayer Leverkusen, Xabi Alonso; pengendali Porto, Francesco Farioli dan Cesc Fabregas yang kini melatih Como 1907.

Akan tetapi, Fabregas dijangka tidak akan meninggalkan Como pada musim panas yang menjelang tiba nanti.

Featured Image: FC Barcelona

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd