UCL: Juara Bertahan Ke Perlawanan Akhir
Hafiz Omar
Pentas perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim ini bakal menemukan juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) dan pendahulu Liga Perdana (PL), Arsenal.
Pertemuan untuk merebut trofi paling berprestij dalam kancah bola sepak eropah itu disahkan selepas PSG mengalahkan Bayern Munich di Arena Allianz, awal pagi tadi.
Aksi timbal balik separuh akhir itu berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Ousmane Dembele (3’) dan Harry Kane (90’+4).

Bagaimanapun, PSG bimbingan Luis Enrique meraih kemenangan 6-5 menerusi agregat selepas merekodkan kemenangan 5-4 pada aksi pertama di Parc des Princes, Paris pada minggu lalu.
Kemaraan itu membuka peluang buat PSG untuk memenangi gelaran UCL dua kali berturut-turut sepanjang kelab itu ditubuhkan.
Sepak mula untuk merebut trofi UCL musim 2025-26 melibatkan PSG dan Arsenal itu dijadualkan pada jam 12 tengah malam, 31hb Mei (awal pagi Ahad).
Featured Image: UEFA Champions League