Perancis Umum Senarai 26 Pemain Ke Piala Dunia FIFA
Hafiz Omar

Juara dunia sebanyak dua kali merangkap pasukan No.1 dunia, Perancis menjadi pasukan terbaru mengumumkan skuad lengkap melibatkan 26 pemain bagi berentap di Piala Dunia FIFA 2026.
Senarai pemain pilihan Didier Deschamps itu disiarkan di laman sawang rasminya serta diperkenalkan seorang demi seorang secara kreatif menerusi satu video berdurasi seminit dan 27 saat yang dikongsikan di pelbagai akaun media sosialnya.
Mereka membawa tiga penjaga gol; Mike Maignan, Robin Risser Birckel dan Brice Samba serta sembilan pertahanan; Dayot Upamecano, William Saliba, Maxence Lacroix, Jules Kounde, Ibrahima Konate, Theo Hernandez, Lucas Hernandez, Malo Gusto dan Lucas Digne.
Di bahagian tengah, Perancis menyenaraikan lima pemain; NโGolo Kante, Manu Kone, Adrien Rabiot, Aurelien Tchouameni dan Warren Zaire-Emery.
Manakala di posisi serangan, skuad berjulukan Les Bleus itu memilih sembilan pemain; Marcus Thuram, Michael Olise, Kylian Mbappe, Jean-Philippe Mateta, Desire Doue, Ousmane Dembele, Rayan Cherki, Bradley Barcola dan Maghnes Akliouche.
๐ช๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐ฬ๐๐ ๐ฬ ๐๐๐๐๐ ๐ซ๐ท๐
Voici nos 26 Bleus qui reprรฉsenteront la France ร la ๐๐จ๐ฎ๐ฉ๐ ๐๐ฎ ๐๐จ๐ง๐๐ ๐๐๐๐ ! ๐ฅ#FiersdetreBleus pic.twitter.com/CqKUzJpSK0
โ Equipe de France โญโญ (@equipedefrance) May 14, 2026
Sebagai perbandingan dengan skuad pada Piala Dunia edisi lalu, skuad kali ini telah mengetepikan pemain-pemain veteran seperti Hugo Lloris, Raphael Varane, Olivier Giroud dan Antoine Griezmann.
Perubahan paling ketara pula dilihat pada posisi penjaga gol dimana skuad kali ini membariskan tiga nama baharu.
Hanya sebelas pemain daripada skuad Piala Dunia edisi lalu kekal dipilih untuk menganggotai skuad yang akan berentap di benua Amerika Utara pada Jun hingga Julai kelak.
Sebagai tambahan, ini merupakan tugas terakhir Dechamps bersama skuad kebangsaan Perancis sebelum meletakkan jawatannya apabila berakhirnya saingan Piala Dunia edisi ke-23 ini.
Menurut Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), Les Bleus akan berkumpul dan memulakan latihan pusat di Pusat Latihan Kebangsaan di Clairefontaine bermula 29hb Mei.
Mereka akan melakukan persiapan dengan menentang Ivory Coast (4hb Jun) di Lille dan Ireland Utara (8 Jun) dan Nantes.
Perancis telah diundi dalam Kumpulan I dan akan memulakan kempen Piala Dunia dengan bertemu Senegal diikuti Iraq dan Norway.
Kejohanan ini akan membuka tirainya pada 11hb Jun dan melabuhkan tirainya pada 19hb Julai.
Featured Image: Equipe de France de Football