Terbuka Thailand: Sze Fei-Izzuddin Melangkah Ke Separuh Akhir

May 15, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Wakil tunggal negara di peringkat suku akhir, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Terbuka Thailand 2026 selepas mengalahkan Christopher Grimley dan Matthew Grimley, sebentar tadi.

Kemaraan itu menjelma selepas Sze Fei-Izzuddin yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan mencatatkan kemenangan 19-21, 21-15 dan 21-8 dalam masa 50 minit.

Kemenangan itu membawa Sze Fei-Izzuddin bertemu pilihan pertama kejohanan dari India iaitu Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.

Gandingan yang menduduki ranking keempat dunia itu mara selepas mengalahkan pasangan Jepun merangkap pilihan keenam kejohanan, Takumi Nomura dan Yuichi Shimogami menerusi skor 21-12 dan 21-13.

Berdasarkan rekod, Sze Fei-Izzuddin pernah bertembung dengan Satwiksairaj-Chirag sebanyak sembilan kali sebelum ini dan hanya dua perlawanan sahaja berpihak kepada beregu negara.

Featured Image: Facebook VICTOR

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd