Masters Malaysia: Letshanaa Cipta Kejutan, Singkir Pilihan Ketiga

May 21, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan wanita negara,Letshanaa Karupathevan mencipta kejutan dalam saingan Masters Malaysia 2026 apabila mencipta kejutan dengan mengalahkan pilihan ketiga kejohanan dari Jepun, Tomoka Miyazaki, sebentar tadi.

Pemain berusia 22 tahun yang menduduki ranking ke-32 dunia itu melakukan kejutan itu ketika berentap di pusingan 16 dengan melakar kemenangan secara dua set berturut-turut menerusi skor 21-15 dan 21-17 dalam masa 45 minit.

Kemenangan itu menjelma buat julung kalinya selepas Letshanaa tewas dalam dua aksi pertamanya bertemu Miyazaki di Terbuka Jerman 2026 dan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025.

Hasil kemenangan itu, Letshanaa akan bertemu seorang lagi pemain dari negara matahari terbit iaitu Hina Akechi, ranking ke-24 dunia, pada peringkat suku akhir.

Pemain berusia 21 tahun itu menempah tiket ke suku akhir susulan menumpaskan wakil China, Han Qian Xi menerusi skor 21-16 dan 21-17 dalam masa 38 minit.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd