Masters Malaysia: Arif-Roy King Cetak Kemaraan Sulung Ke Suku Akhir

May 21, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki No.4 negara, Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King mencetak kemaraan sulung ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang disertainya pada tahun ini.

Arif-Roy King yang turut diletakkan selaku pilihan kelima Masters Malaysia 2026 mara selepas menumpaskan beregu senegara, Aaron Tai dan Kang Khai Xing menerusi skor 21-12 dan 22-20 di pusingan 16, hari ini.

Kemenangan itu merupakan kedua berturut-turut direkodkan Arif-Roy King ke atas Aaron-Khai Xing selepas bertemu di Terbuka Thailand 2025.

Hasil daripada kemenangan itu, Arif-Roy King akan membuat perhitungan pula dengan beregu Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi dan Presley Smith untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Zhi Yi-Smith melakar kemaraan ke suku akhir selepas mengalahkan beregu Malaysia yang bergerak secara persendirian, Nur Mohd Azriyn Ayub dan Tan Wee Kiong.

Zhi Yi-Smith mencetak kemenangan menerusi skor 21-14 dan 21-18 dalam masa 34 minit.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd