Fabregas Bawa Como 1907 Ke Saingan UCL – Sejarah Baharu
Hafiz Omar

Bekas pemain tengah yang pernah beraksi bersama Arsenal, Barcelona dan Chelsea iaitu Cesc Fabregas yang kini berkarier sebagai ketua jurulatih berjaya membimbing Como 1907 melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) buat julung kalinya dalam sejarah.
Pengesahan ke kancah bola sepak elit eropah itu menjelma selepas Como berhasil menumpaskan Cremonese 4-1 dalam perlawanan terakhir Serie A musim ini.
Gol-gol Como hadir menerusi Jesus Rodriguez (35’), Anastasios Douvikas (50’) serta jaringan berganda aripada Lucas Da Cunha (73’, 80’) sementara Cremonese yang beraksi dengan lapan pemain sejak minit ke-72 memperoleh jaringan tunggalnya melalui Federico Bonazzoli (54’).
View this post on Instagram
Kemenangan itu membolehkan Como yang turut dijuluki Bianco Blu mengumpul 71 mata sekaligus menutup kempen Serie A musim ini di tangga keempat.
Kedudukan itu turut dibantu oleh kekalahan 1-2 AC Milan di tangan Cagliari serta keputusan seri 2-2 Juventus bertemu seteru setempatnya, Torino.
Sementara itu, tiga tangga teratas Serie A pula dihuni oleh Inter Milan, Napoli dan AS Roma.
Manakala Cremonese bersama-sama Hellas Verona dan Pisa SC tersingkir dan terpaksa beraksi dalam kancah Serie B, musim hadapan.

FEATURED IMAGE: Como 1907