Liga Perdana: Spurs Terselamat, West Ham Tersingkir

May 25, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Seteru setempat Arsenal iaitu Tottenham Hotspur nampaknya akan terus beraksi dalam kancah Liga Perdana (PL) pada musim hadapan selepas mencetak kemenangan 1-0 ke atas Everton dalam aksi terakhir liga.

Kemenangan 1-0 hasil jaringan Joao Palhinha pada separuh masa pertama itu membolehkan Spurs kekal di tangga ke-17 dengan kutipan 41 mata daripada 38 perlawanan.

Ketua jurulatih, Roberto de Zerbi memainkan peranan besar dalam menyelamatkan Spurs daripada terjerumus ke kancah Liga Kejuaraan.

De Zerbi, 46 tahun, kelahiran Itali ditandatangani Spurs bagi menggantikan Igor Tudor yang dipecat selepas bertugas selama 44 hari.

Sebelum itu, Igor dipilih untuk mengemudi Spurs bagi menggantikan Thomas Frank yang turut sama dipecat.

 

Sementara itu, West Ham United bimbingan Nuno Espirito Santo terpaksa akur tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan musim hadapan berikutan kemenangan yang dilakar oleh Spurs.

Biarpun mencatatkan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Leeds United dan meraih tiga mata terakhir pada musim ini, ianya memberikan sebarang makna kerana pungutan 39 matanya sudah tidak dapat memintas kedudukan Spurs di tangga ke-17.

Sebagai rekod, ini merupakan julung kalinya West Ham tersingkir ke Liga Kejuaraan selepas beraksi 14 musim berturut-turut dalam kancah tertinggi bola sepak England.

FEATURED IMAGE: Tottenham Hotspur

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd