Bruno Fernandes Cetak 21 ‘Assist’ – Atasi Rekod Henry & De Bruyne

May 25, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kapten dan pemain tengah Manchester United (Man Utd), Bruno Fernandes muncul sebagai pencetak bantuan gol (assist) terbanyak dalam sejarah Liga Perdana (P) apabila membantu Patrick Dorgu menjaringkan gol pembukaan bertemu Brighton & Hove Albion, awal pagi tadi.

Fernandes menyumbang bantuan gol itu menerusi sepakan penjuru sebelum bola itu ditanduk masuk ke dalam gawang melepasi penjaga gol, Bart Verbruggen pada minit ke-32.

Bantuan gol itu merupakan yang ke-21 dihasilkan oleh Fernandes pada musim ini sekaligus meleburkan rekod 20 bantuan gol yang dipegang secara bersama oleh Thierry Henry dan Kevin de Bruyne.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Manchester United (@manutd)

Untuk makluman, Henry merekodkan 20 bantuan gol itu ketika mengharungi musim 2002-03 bersama Arsenal manakala De Bruyne ketika menyarung jersi Manchester City pada musim 2019-20.

Dalam perlawanan terakhir liga itu juga, Fernandes turut meledak satu gol dan menjadikannya mengumpul sembilan gol sepanjang musim ini.

Untuk makluman, Rekod 21 bantuan gol itu hadir sehari selepas Fernandes dinamakan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Musim 2025-26 mengetepikan calon-calon lain seperti Gabriel Magalhaes, David Raya, Declan Rice, Erling Haaland, Antoine Semenyo, Morga Gibbs-White dan Igor Thiago.

FEATURED IMAGE: Premier League

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd