Naib Juara Liga Belanda Pecat Robin van Persie

June 8, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Feyenoord Rotterdam yang menamatkan saingan Eredivisie 2025-26 di tempat kedua bertindak memecat bekas penggempur Manchester United dan skuad kebangsaan Belanda, Robin van Persie.

Perkembangan itu hadir selepas Feyenoord mengumumkan untuk menggunakan khidmat ketua jurulatih baharu bagi mengharungi saingan musim 2026-27.

“Robin van Persie telah dimaklumkan mengenai keputusan ini dalam mesyuarat bersama pihak pengurusan kelab pada hari ini,” tulis kenyataan oleh Feyenoord.

Van Persie mula dilantik sebagai ketua jurulatih Feyenoord sekitar penghujung Februari 2025 dengan kontrak sehingga pertengahan tahun 2027.

Khidmatnya dipancing oleh Feyenoord tatkala sedang membimbing SC Heerenveen bagi menggantikan Brian Priske yang dipecat susulan prestasi yang tidak konsisten.

Pada musim pertamanya, van Persie membawa Feyenoord menamatkan kempen Eredivisie 2024-25 di tempat ketiga. 

Musim seterusnya, Feyenoord bimbingan van Persie memberikan saingan sengit untuk merebut kejuaraan liga namun terpaksa akur dengan gelaran naib juara selepas PSV Eindhoven muncul juara dengan berbaki lima perlawanan.

FEATURED IMAGE: Feyenoord

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd