Akmal Rizal Bimbing Kedah FA Dalam Kancah Liga A1 Semi-Pro
Hafiz Omar
Bekas penyerang skuad kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kembali dalam arena kejurulatihan apabila diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baharu Kedah FA.
Khidmat Akmal, 45 tahun, disunting oleh Kedah FA bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2026-27.
“Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) berbesar hati mengumumkan pelantikan Akmal Rizal Ahmad Rakhli sebagai Ketua Jurulatih Kedah FA bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2026-27.” tulis kenyataan oleh badan induk bola sepak bagi negeri berjulukan jelapang padi itu.
View this post on Instagram
Akmal kembali dalam kancah kejurulatihan selepas ‘direhatkan’ sebagai Ketua Jurulatih Kelantan The Real Warriors FC yang bersaing dalam kancah Liga Super sekitar Mac lalu.
Sebelum itu, Akmal pernah mengendalikan Penang FC sebagai ketua jurulatih tetap bagi skuad Liga Super bermula musim 2024-25 namun khidmatnya turut ‘direhatkan’ pada November 2024.
Sebagai rekod, Kedah FA menamatkan kempen Liga A1 Semi-Pro musim 2025-26 di tangga ketiga – mengumpul 57 mata daripada 28 perlawanan.
FEATURED IMAGE: Malaysian Football League