Terbuka Australia: Zii Jia Lepasi Halangan Peringkat Kelayakan

June 9, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Juara edisi 2024, Lee Zii Jia berhasil melangkah ke babak undian utama Terbuka Australia 2026 selepas menang kedua-dua aksi peringkat kelayakan, pada hari ini.

Bekas perseorangan lelaki No.1 negara yang diletakkan sebagai pilihan kedua kelayakan itu bermula dengan mengalahkan Shogo Ogawa dari Jepun menerusi skor 24-22 dan 22-20 pada pusingan 16 kelayakan. 

Selepas itu, Zii Jia meneruskan momentum kemenangannya itu ketika berhadapan seorang lagi pemain Jepun iaitu Riki Takei menerusi skor 15-21, 21-17 dan 21-16.

Susulan kemenangan itu, Zii Jia dapat meneruskan kempen di Jelajah Dunia BWF Super 500 terbabit di pusingan 32 babak undian utama. 

Menantinya di situ ialah Lee Chia Hao dari Chinese Taipei – pemain yang pernah dihadapinya sebanyak enam kali setakat ini.

Daripada enam pertemuan itu, Zii Jia dan Chia Hao berhasil merekodkan tiga kemenangan masing-masing. 

FEATURED IMAGE: Victor

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd