Terbuka Australia: Bing Kun-Maisarah Menang Dalam Masa 15 Minit
Hafiz Omar

Beregu campuran negara, Loo Bing Kun dan Noraqilah Maisarah hanya bertarung selama 15 minit sahaja untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 di Terbuka Australia 2026.
Masa yang singkat itu sudah memadai buat gandingan yang menghuni ranking ke-137 dunia untuk menumpaskan Calvin Devereux dan Desiree Toepffer dari Jerman ketika bertembung di pusingan 32, pagi tadi.
Bukan sahaja menamatkan pertarungan itu dalam masa yang singkat, Bing Kun-Maisarah turut menumpaskan pasangan ke-100 dunia itu dengan bergaya menerusi skor 21-1 dan 21-3.
Bagaimanapun, kemenangan itu membawa mereka bertemu dengan cabaran sebenar dalam sektor beregu campuran apabila bakal berhadapan pasangan No.1 dunia dari China, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.
Terlebih dahulu, lawannya yang turut diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan mara selepas menundukkan beregu Republik Korea, Kim Joon Young dan Lee Yu Lim menerusi skor 21-19 dan 21-12.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia