Terbuka Australia: Zii Jia Kandas Pusingan 32
Hafiz Omar

Kempen bekas perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia di Terbuka Australia 2026 menemui titik noktahnya apabila tewas di tangan Lee Chia Hao pada pusingan 32, sebentar tadi.
Pertarungan Zii Jia dengan wakil dari Chinese Taipei itu berakhir dengan kekalahan dua set berturut-turut menerusi skor 13-21 dan 22-24 dalam masa 46 minit.
Kekalahan itu sekaligus menyingkirkannya daripada salah satu siri Jelajah Dunia BWF Super 500.
Terdahulu, Zii Jia berhasil menempah tiket ke pusingan 32 di babak undian utama setelah mengatasi Riki Takei dan Shogo Ogawa dari Jepun pada peringkat kelayakan.
Zii Jia mengalahkan Riki menerusi skor 15-21, 21-17 dan 21-16 sementara mengatasi Shogo dengan skor 24-22 dan 22-20.
Susulan penyingkiran di Terbuka Australia ini, tumpuan Zii Jia selepas ini pastinya terarah ke saingan Terbuka Macau 2026 yang akan bermula Selasa hadapan.
FEATURED IMAGE: Olympic Council of Malaysia