Terima Kasih Jose Mourinho – Benfica
Hafiz Omar

Perkembangan itu hadir apabila kelab semasanya, Benfica tampil mengucapkan terima kasih kepada Mourinho menerusi satu hantaran di pelbagai akaun media sosialnya, pada hari ini.
Dalam hantaran itu, Benfica mengesahkan hasrat Real Madrid untuk menyunting khidmat Mourinho berserta pampasan bernilai €15 juta.
Dimaklumkan, Mourinho yang pernah membimbing Real Madrid dari 2010 hingga 2013 telah menyatakan persetujuannya.
Sebagai rekod, Mourinho menyertai semula Benfica pada September tahun lalu dengan kontrak sehingga Jun 2027.
Biarpun membimbing Benfica dalam tempoh yang pendek, Mourinho berhasil memastikan kelab berjulukan As Águias itu menamatkan Liga Portugal musim ini tanpa kalah dan menduduki tangga ketiga – di bawah Porto dan Sporting CP.
Paling meraih tumpuan peminat bola sepak antarabangsa, Mourinho berhasil membimbing Benfica merekodkan kemenangan 4-2 ke atas Real Madrid pada aksi terakhir Peringkat Liga dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Sementara itu, Real Madrid dalam satu kenyataan pada hari ini turut memaklumkan ketua jurulatih semasanya, Alvaro Arbeloa mencapai kata sepakat untuk berpisah.
Dalam satu lagi hantaran, Benfica mengesahkan telah mencapai persetujuan dengan bekas pengurus Fulham, Marco Silva untuk menandatangani kontrak untuk melatih As Águias selama dua musim.
FEATURED IMAGE: SL Benfica