Terbuka Australia: Justin Mara Ke Suku Akhir

June 11, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan lelaki No.2 tanah air, Justin Hoh berhasil melakar kemenangan ke atas Nhat Nguyen sekaligus mengesahkan kemaraan ke suku akhir di Terbuka Australia 2026.

Justin yang berusia 22 tahun turut menjadi wakil negara pertama mengesahkan kemaraan selepas tiga beregu campuran negara tewas di pusingan 16, pada hari ini. 

Justin menumpaskan pemain Ireland berketurunan Vietnam itu secara dua set berturut-turut menerusi skor 21-17 dan 21-19.  Namun, ianya berlangsung sengit dan mengambil masa selama 55 minit sebelum menemui pemenangnya.

Hasil kemenangan itu, Justin yang kini berada di tangga ke-47 dunia akan berhadapan dengan pemain remaja Indonesia, Moh. Zaki Ubaidillah untuk merebut tiket separuh akhir.

Terdahulu, Zaki meloloskan diri ke suku akhir selepas mengejutkan pilihan kelapan kejohanan dari Hong Kong iaitu Lee Cheuk Yiu dengan keputusan 21-19 dan 21-15.

Berdasarkan rekod, Justin dan Zaki pernah bertembung sebanyak tiga kali setakat ini dan dua daripadanya berpihak kepada lawannya.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd