BAM Gandingkan Aaron Chia & Aaron Tai

June 11, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada hari ini mengesahkan memisahkan beregu lelaki No.1 negara yang mencipta sejarah menjuarai Kejohanan Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Pemisahan itu menyaksikan BAM menggandingkan Aaron Chia bersama Aaron Tai – pemain muda yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024 bersama Kang Khai Xing.   

Sementara itu, Wooi Yik pula membentuk gandingan baharu bersama Man Wei Chong.

Dalam pengumuman yang sama, BAM turut memaklumkan dua gandingan lagi gandingan baharu dalam sektor beregu lelaki iaitu Tee Kai Wun-Yap Roy King serta Wan Arif Junaidi-Kang Khai Xing.

Gandingan-gandingan ini akan membuat kemunculan pertama di Terbuka China 2026 bermula 21hb Julai kelak diikuti penampilan di Terbuka Taipei 2026 dan Terbuka Korea 2026.

Sebelum ini, dokumen senarai awal pemain menyenaraikan Aaron Chia bersama Tee Kai Wun untuk beraksi di kejohanan itu.

Akan tetapi, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky menjelaskan gandingan itu dirombak semula kerana mempunyai pungutan mata yang rendah, 7,141 mata, susulan telah beraksi bersama di kejohanan Piala Thomas 2026, baru-baru ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd