Alibaba Diumumkan Sebagai Rakan Rasmi UEFA

June 11, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Syarikat teknologi global yang menumpukan kepada kecerdasan buatan (AI) dan perkomputeran awan, Alibaba Group kini menjadi rakan rasmi kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Perkembangan itu hadir selepas Alibaba Group dan UFEA mengumumkan kerjasamanya sekaligus diangkat sebagai Rakan Rasmi dan Eksklusif AI, Servis Perkomputeran Awan dan E-dagang untuk Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Liga Europa UEFA (UEL) dan Liga Konferens UEFA selama enam musim serta EURO 2028.

Kerjasama itu menyaksikan penggunaan keupayaan AI canggih Alibaba dalam menyokong keterlibatan penyokong dan pengurusan kandungan dan media menerusi model bahasa raya (LLM) Qwen.

Bersama-sama infrastruktur pengkomputeran awan dan platform e-dagang, Alibaba akan menguasakan peminat dan pengalaman kandungan yang mengasyikkan seluruh dunia merentasi kejohanan-kejohanan utama UEFA.

Antara manfaat yang akan dirasai peminat adalah pengalaman yang diperibadikan dan dipacu oleh AI sekaligus dapat meningkatkan lagi penglibatan mereka dengan sukan bola sepak. 

Sementara itu, menerusi rangkaian e-dagang Alibaba, peminat di seluruh dunia berpotensi menikmati akses yang lancar kepada pelbagai barangan rasmi pertandingan UEFA bermula musim 2027/2028 serta kejohanan UEFA EURO 2028.

Kerjasama ini merupakan satu penanda aras baharu dalam inovasi sukan dimana ianya menggabungkan legasi kesukanan UEFA bersama-sama kepakaran Alibaba dalam AI, perkomputeran awan dan e-dagang. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd