Real Madrid Lantik Semula Jose Mourinho – Kontrak 3 Musim

June 12, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pengendali kelahiran Portugal yang pernah memenangi dua trofi Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Jose Mourinho secara rasminya diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baharu Real Madrid, pada hari ini.

Mourinho, 63 tahun, secara rasminya kembali semula ke Real Madrid setelah kelab bola sepak gergasi Sepanyol itu membuat beberapa hantaran mengalu-alukan kedatangannya di pelbagai akaun media sosialnya, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pengumuman itu hadir dua hari selepas Benfica memaklumkan Real Madrid menyatakan hasrat untuk menandatangani Mourinho sambil disertakan pampasan sebanyak €15 juta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Real Madrid C.F. (@realmadrid)

Real Madrid menerusi kenyataan di laman sesawang rasminya memaklumkan Mourinho telah menandatangani kontrak selama tiga musim yang mengekalkannya sehingga 30hb Jun 2029.

Bagaimanapun, Mourinho akan memulakan tugasnya pada bulan hadapan, 13hb Julai, hari pertama pramusim 2026-27.

Sebagai rekod, ini merupakan kepulangan semula Mourinho sebagai pengendali Real Madrid selepas meninggalkan kelab terbabit pada penghujung musim 2012-13.

Tempoh pertamanya bersama Real Madrid bermula dari musim 2010-11, Mourinho membawa kelab itu menjuarai Copa del Rey 2010-11, La Liga 2011-12 dan menjulang trofi Piala Super Sepanyol 2012.

Beliau turut mencipta rekod menjuarai saingan La Liga dengan kutipan 100 mata – mendahului sembilan mata berbanding pencabar terdekatnya, FC Barcelona.

FEATURED IMAGE: Real Madrid C.F.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd