Piala Dunia: Isak, Gyokeres Bantu Sweden Benam Tunisia 5-1
Hafiz Omar

Penyerang Liverpool dan Arsenal iaitu Alexander Isak dan Viktor Gyokeres menjadi antara watak yang membantu Sweden membuka kempen Piala Dunia FIFA 2026 dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Tunisia, pada hari ini.
Aksi yang menemukan skuad bimbingan Graham Potter dengan Tunisia di Estadio Monterrey itu sekaligus mencatat rekod sebagai kemenangan kedua terbesar pernah dilakar Sweden dalam sejarahnya menyertai kempen Piala Dunia.
Gol oleh Isak dan Gyokeres itu muncul pada minit ke-30 dan ke-59 masing-masing. Sebelum itu, Sweden berhasil mendahului seawal minit ke-7 menerusi seorang lagi penyerang yang beraksi dalam kancah Liga Perdana (PL) bersama Brighton and Hove Albion, Yasin Ayari.
Pemain gantian, Mattias Svanberg yang bermain bersama VfL Wolfsburg turut meletakkan namanya selaku penjaring apabila menolak masuk bola ke dalam gawang Tunisia pada minit ke-84.
Semasa masa kecederaan, Ayari sekali lagi melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk menjadikan skor 5-1.
Tunisia kendalian Sabri Lamouchi berhasil meraih jaringan saguhati menerusi tandukan oleh Hannibal Mejbri pada separuh masa pertama.
Untuk aksi seterusnya, Sweden akan turun berhadapan Belanda manakala Tunisia pula menghadapi Jepun pada 21hb Jun masing-masing.
FEATURED IMAGE: Svensk Football