F1: Hamilton Raih Kemenangan Sulung Bersama Ferrari Di Barcelona

June 15, 2026
Formula 1

Hafiz Omar

Juara dunia sebanyak tujuh kali, Lewis Hamilton berjaya menoktahkan kemarau kemenangan bersama Ferrari apabila menjuarai Grand Prix Barcelona-Catalunya, pada Ahad.

Biarpun memulakan perlumbaan dari petak kedua, pelumba Britain berusia 41 tahun berkenaan muncul juara apabila melintasi garisan penamat di hadapan pemandu Mercedes yang bermula dari petak pertama, George Russell.

Sementara itu, pelumba McLaren, Lando Norris pula melengkapkan kedudukan podium yang dikuasai pelumba Britain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FORMULA 1® (@f1)

Kemenangan Hamilton menjelma setelah beliau menamatkan dua perlumbaan terdahulu, Kanada dan Monaco, di tempat yang kedua berturut-turut. 

Pada masa yang sama, kemenangan Hamilton dalam perlumbaan ini turut menoktahkan lima kemenangan berturut-turut pendahulu kejuaraan dunia, Kimi Antonelli yang terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal susulan masalah teknikal.

Hasilnya, Hamilton yang berada di tangga kedua dalam carta pemandu bagi kejuaraan dunia dapat mengurangkan jurang dengan Antonelli – kini hanya ketinggalan 41 mata.

Sebagai rekod, kemarau kemenangan Hamilton berlanjutan hampir dua tahun selepas kali terakhir meraih kemenangan di Belgium sekitar penghujung Julai 2024 – ketika masih berlumba bersama pasukan Mercedes.

FEATURED IMAGE: Scuderia Ferrari HP Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd