Cucurella Sertai Kelab Baharu Mourinho – Kontrak 6 Musim
Hafiz Omar

Bek kiri skuad kebangsaan Sepanyol, Marc Cucurella menjadi pemain baharu yang menyertai Real Madrid bimbingan Jose Mourinho pada jendela perpindahan kali ini.
Pemain berusia 27 tahun kelahiran Catalonia itu menandatangani kontrak selama enam musim sekaligus menyaksikannya akan menyarung jersi serba putih kelab berjulukan Los Blancos itu sehingga 30hb Jun 2032.
Real Madrid mengesahkan penyertaan Cucurella selepas memaklumkan telah mencapai persetujuan dengan pemain tersebut untuk berpindah.
View this post on Instagram
Manakala bekas majikannya, Chelsea turut mengesahkan pemergian Cucurella menerusi satu kenyataan media di laman sesawangnya.
Media-media antarabangsa melaporkan Real Madrid membayar €55 juta kepada Chelsea untuk membawa masuk Cucurella.
Cucurella memulakan karier profesionalnya bersama FC Barcelona sebelum menyertai Getafe dan Brighton & Hove Albion. Pada 2022, Cucurella menyertai Chelsea dan menjadi salah satu tonggak yang membantu kelab London itu menjuarai Liga Konferens UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.
FEATURED IMAGE: Real Madrid