Cklamovski Bukan Lagi Ketua Jurulatih Harimau Malaya

June 18, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Jurulatih kelahiran Sydney, Australia iaitu Peter Cklamovski bukan lagi pengendali skuad bola sepak kebangsaan Malaysia.

Perkembangan itu hadir selepas badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya telah menamatkan kontrak jurulatih berusia 47 tahun berkenaan melalui persetujuan bersama – berkuat kuasa 16hb Jun 2026.

Clamovski turut mengesahkan penamatan kontrak itu dan mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang memberikan sokongan sepanjang membimbing Harimau Malaya.

Beliau menjelaskan ini merupakan masa terbaik buat dirinya mencari cabaran baharu susulan penamatan kontrak bersama FAM. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia National Team (@malaysia_nt)

Sejak beberapa hari lalu, nama Cklamovski dikaitkan dengan sebagai calon pengendali baharu bagi Salford City – kelab divisyen keempat England yang dimiliki secara bersama David Beckham, Gary Neville dan syarikat insurans, AIG. 

FAM dalam kenyataan yang sama turut memaklumkan menamatkan kontrak dua staf teknikal skuad senior iaitu penolong ketua jurulatih, Matthew Smith dan penganalisis, Seiya Imazaki.

“Bagi memastikan kelancaran hala tuju dan kesinambungan program pasukan kebangsaan, FAM sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya berhubung pengisian jawatan-jawatan berkenaan.” tulis kenyataan itu.

Sebagai rekod, Cklamovski memulakan tugas sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya pada 1hb Januari 2025 dan sepanjang tempoh itu beliau mengendalikan sembilan perlawanan rasmi.

Daripada sembilan perlawanan, enam daripadanya berakhir dengan kekalahan termasuk lima perlawanan yang dihukum dengan kekalahan 0-3 susulan menurunkan pemain yang tidak layak dalam perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA dan kelayakan Piala Asia 2027. 

FEATURED IMAGE: Malaysia NT

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd