Messi Menyamai Rekod Klose – Penjaring Terbanyak Piala Dunia Sepanjang Zaman
Hafiz Omar

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lapan kali, Lionel Messi merekodkan pencapaian baharu dalam kariernya ketika turun mewakili Argentina menentang Algeria pada aksi pertama Kumpulan J, Piala Dunia FIFA 2026, pada Rabu.
Pemain berusia 38 tahun itu meledak hatrik dalam perlawanan tersebut sekaligus mengumpul 16 gol daripada enam edisi Piala Dunia yang disertainya sejak berusia 18 tahun.
Jumlah gol itu menyamai rekod yang dipegang oleh bekas penyerang skuad kebangsaan Jerman, Miroslav Klose – penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia.
Ini bermakna hanya satu gol sahaja lagi memisahkan Messi dengan gelaran penjaring gol terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman yang baharu.
Sementara itu, penyerang Perancis, Kylian Mbappe turut mengemaskini rekod jaringannya dalam kancah Piala Dunia setelah mencetak dua gol ketika bertemu Senegal.
Penyerang Real Madrid berusia 27 tahun itu kini berada di tangga kelima dalam senarai penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman dengan rekod 14 gol – berkongsi jumlah yang sama dengan legenda Jerman, Gerd Muller.
Senarai 5 Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Piala Dunia
- Miroslav Klose (Jerman) – 16 Gol
- Lionel Messi (Argentina) – 16 Gol
- Ronaldo (Brazil) – 15 Gol
- Gerd Muller (Jerman) – 14 Gol
- Kylian Mbappe (Perancis) – 14 Gol
FEATURED IMAGE: AFA – Seleccion Argentina