Danial Asri Sertai DPMM FC

June 23, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penyerang tempatan yang membantu Kuching City FC muncul naib juara Liga Super 2025-26, Danial Asri kini menjadi milik DPMM FC.

Menerusi satu kenyataan media, kelab berpangkalan di Brunei itu memaklumkan telah mendapatkan tandatangan pemain kelahiran Rawang, Selangor terbabit pada jendela perpindahan kali ini.

Berdasarkan laman sesawang Transfermarkt, Danial yang berusia 26 tahun merekodkan 32 penampilan dalam pelbagai pertandingan dan meledak lapan gol buat skuad The Cats sepanjang musim lalu.

Selain itu, Danial yang memulakan karier bola sepak profesionalnya bersama Selangor FC turut melakukan empat bantuan gol (assist) pada musim lalu.

“Ini merupakan pembelian terbaik untuk kelab.” tulis kenyataan itu tanpa memberikan sebarang perincian mengenai kontrak Danial bersama DPMM FC. 

Sebelum ini, DPMM FC berkongsikan sasarannya untuk menandatangani beberapa pemain tempatan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2026-27 seperti A. Selvan, Fergus Tierney, Nick Swirad dan penjaga gol, Samuel Sommerville.

FEATURED IMAGE: Kuching City FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd